Sunday, April 11, 2010

Awal mula cerita.....

Kami mula terlibat dalam bidang perkhidmatan dj majlis perkahwinan ni bermula dari pertengahan tahun 2008... baru sangat dan pengalaman pun masih tak banyak... apa pun saya nak cerita sedikit pengalaman macamana saya boleh jadi dj ni.... NAJAH ISLAMIK DJ dengan slogan "Hiburan Untuk Muslim"... ada orang tanya kenapa bubuh" Islamik"? Yang lain tu tak Islamik kee?... saya senyum sahaja. saya tak komen apa-apa...
Kisah bermula bila sorang kawan tu nak buat majlis kahwin anaknya... dia nakkan majlis dia tu ada dj... supaya nampak meriah dan taklah senyap aje... tapi masalahnya dia tak nak dj yang biasa kita tengok tu... dia tak nak karaoke... dia tak nak dj tu main lagu-lagu yang macam biasa tu... dia nak sesuatu yang lain dari yang lain... dia nak dj yang main lagu nasyid, lagu selawat, lagu marhaban... lepas tu cakap-cakapnya cakap agama yang ada mesej... ada pengajaran... ada nasihat... ada pesanan... bukannya yang cakap merapu entah apa-apa tah... Alah!... yang macam dj kat radio IKIM FM... Dj macam tu lah yang dia nak cari... Mana nak cari... ada kee?
Dipendekkan cerita... sampailah hari langsung majlis tu... tetamu datang punyalah ramai... memang meriah cuma sunyi sepi tak ada celoteh Dj dan dendangan lagu-lagu yang dia kehendaki....tak dapat nak cari Dj yang dihajatkan. Apapun dia tetap syukur majlis berjalan dengan baik. Alhamdulillah...
Sejak peristiwa tu... saya dan orang rumah saya mula terfikir apakata kalau kita cuba buat dj yang macam kawan tu hendak.... rasanya tak jumpa lagi dj yang macam tu... ada permintaan rupanya... iyelah!... Pak Imam.. Ustaz...Ustazah...Guru Agama dan yang sewaktu dengannya yang nak berkahwin... rasanya nak meriah jugak majlis dia orang... tentu dia nakkan kemeriahan yang bersesuaian dengan title dia orang kan...
Secara kebetulan tak lama selepas tu, Pak Imam kat kampung saya tu nak buat kenduri kahwin anaknya... Ha!... ini peluang baik, kata orang rumah saya... kita mulakan langkah kita... masa tu saya acuh tak acuh aje... orang rumah saya yang beria-ia sungguh nak saya jadi Dj... Kita start rumah Pak Imam...inilah masa terbaik untuk kita mengorak langkah...
Mesti!...Mesti!!... nak start camna barang pun tak ada... soal barang jangan susah... kata orang rumah saya... kita sewa je PA System Kampung punya.... setelah melalui siri perbincangan... perbahasan...perdebatan...pertikaman lidah dan akhirnya pergaduhan antara saya dan orang rumah pasal nak jadi Dj ni... akhirnya saya pun bersetuju dalam terpaksa jadi Dj... dah penat gaduh pasal Dj ni dengan orang rumah... dia nak jugak!.. nak jugak!!... nak jugak!!!... orang rumah saya ni memang lain macam...kalau berbahas dia saja yang nak menang... dia saja yang betul...kalau dah nak... tak boleh dihalang kemahuannya. Phuh!... nak menang dia saja...bila kita bagi kemenangan kat dia... ha! sukalah dia... bab-bab yang menang jadi arang...yang kalah jadi abu... takpalah saya mengalah... demi kerukunan rumahtangga... akhirnya setelah saya perhalusi... memang benarlah segala hujah-hujah orang rumah saya yang selama ini diperdebat dan dipergaduhkan itu memang betul belaka... tiada yang tidak betul melainkan betul belaka... ni, kalau dia terbaca tulisan saya ni... mahunya terangkat... tak cukup dengan tu ditambahnya ceramah hariannya pada saya. pada saya dah dia menang tu dahlah... tak payahlah nak tambah-tambah hujah dan ceramah pada orang yang dah mengaku kalah ni ... itulah kelebihan orang rumah saya.... banyak cakap...
hobinyanya suka berceramah depan suami... hari-hari ceramah... tapi bila dia cuti berceramah terasa ada kekurangan dan tidak sempurna kehidupan saya pada hari tu... itulah hebatnya orang rumah saya yang banyak memberikan sumber inspirasi kepada saya.... kita sambung cerita pasal Dj tadi... Awak duduk diam-diam biar saya uruskan... kata orang rumah saya.
Langkah pertama orang rumah saya telefon pejabat Agama Batu Pahat... tanya pandangan Islam tentang jadi Dj kat majlis kahwin ni dengan Tuan Kadi... Maka panjang lebarlah Tuan Kadi tu bagitahu apa yang boleh... apa yang tak boleh...apa yang diharuskan...apayang diharamkan... apa yang boleh dibuat ...apa yang jangan dibuat...Islam membenarkan hiburan dalam majlis perkahwinan selagi ia tidak melalaikan. setelah diterangkan konsep Dj yang akan kami buat tu pada Tuan Kadi... Ia sangat setuju dan memberi sokongan penuh kepada kami mudah-mudahan ianya sebagai satu titik mula untuk merubah cara kita sebagai Dj meraikan majlis perkahwinan supaya majlis perkahwinan kita itu nanti mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Bila orang pejabat agama dah kata gitu... timbullah rasa didalam hati... ini bukan kerja main-main ni... ini satu kerja yang berat ni... mana taknya.. nak merubah tradisi dan cara yang dah sedia ada dan dah sebati dengan masyarakat... pastinya cabaran dan rintangan sudah menunggu dihadapan...boleh ke saya menghadapinya? Insyallah.
Majlis perkahwinan rumah Pak Imam semakin dekat... Orang rumah saya pun promosilah dengan bakal pengantin dan bapak pengantin tentang Dj saya ni... apa dia orang kata... nanti saya telefon awak kalau saya nak... itulah jawapan yang dah biasa sangat saya dengar sebelum ni...dah banyak tempat orang rumah saya promosikan... malangnya tak ada satu pun yang berminat dengan perkhidmatan saya ni... CHOBAAN!... semenjak nak jadi Dj ni... pantang dengar ada orang nak buat kenduri kahwin... kami pun sibuk promosi dan melobi... hasilnya tetap dukacita... CHOBAAN!...tapi kami tak putus asa... kami cuba dan terus cuba... kami yakin dengan pertolongan Allah SWT. sesuatu yang baik pasti Allah SWT berikan pertolongan.
Alhamdulillah!... doa kami dikabulkan... Majlis kahwin rumah Pak Imam nakkan perkhidmatan Dj kami...syukurrr..... inilah perintis jalan kami... Pak Imam telah membuka jalan kami...terima kasih banyak-banyak pada Pak Imam tempat saya tu...
Hari langsung majlis tu saya pun mainlah lagu-lagu nasyid, selawat, marhaban... hoi!... tak ada lagu lain ke?... ini bukan maulid... ini majlis kahwin... Aduhhh!... apa nak jawab ni... orang memang tak suka dengar lagu nasihat rupa-rupanya... lagu buat orang mengantuk je... kalau asyik nasyid nanti budak-budak rewang semua cabut.... pening tau dengar lagu macam tu... kalau macam nilah lagu... pengantin pun boleh tidur... percaya atau tak percaya itulah reaksi dia orang bila saya mainkan lagu-lagu seperti itu... saya dengan kudrat yang ada cuba menerangkan kepada mereka-mereka yang tidak setuju dan tidak memahami persembahan saya... bukannya mudah untuk menangani masalah ini...itulah diantara ayat-ayat yang terkeluar dari mulut orang-orang yang tidak faham dengan cara saya. Dalam majlis perkahwinan tak payahlah cerita agama... apa nak cerita akhirat lak... tak payahlah nak berdakwah...nak cerita agama duduk kat masjid... itulah pendapat sesetengah khalayak pendengar... kepada Allah SWT saya mohon pertolongan...Pun begitu ada yang memberi sokongan kepada saya...teruskan perjuangan... ini adalah satu dakwah dan jihad... menyampaikan sesuatu yang baik dan berjuang untuk menambahbaikan lagi majlis perkahwinan selari dengan tuntutan agama. Sokongan dari segelintir pihak inilah yang membuatkan selepas di rumah Pak Imam kami mendapat undangan yang seterusnya... seterusnya... dan seterusnya... dari sehari ke sehari suara-suara mereka yang tidak bersetuju dan tak faham dengan persembahan kami semakin menghilang... Syukur... Alhamdulillah. Mereka mula memahami mesej yang saya sampaikan...
Kami sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka-mereka yang telah menggunakan perkhidmatan kami kerana merekalah yang telah memperkenalkan kami kepada khalayak umum... dan kerana merekalah sekarang ni orang rumah saya yang pada mulanya hanya melakukan kerja-kerja promosi sahaja sekarang ni terpaksa turun padang sebagai Dj juga kerana untuk memenuhi dua undangan pada tarikh yang sama... dan ada kalanya kami terpaksa menolak undangan kerana melebihi dua undangan pada tarikh yang sama.
Saya akan membuat persembahan secara solo manakala orang rumah saya membuat persembahan ditempat lain bersama anak sulung kami yang bertindak sebagai juruteknik peralatan... kami juga bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga yang banyak membantu dalam melengkapkan peralatan -peralatan PA System kami. tak lupa kepada sahabat saya yang mencetuskan ilham sehingga terujudnya NAJAH ISLAMIK DJ "Hiburan Untuk Muslim"... juga kepada Pak Naib yang memberi izin kami guna PA System pada peringkat mula-mula dahulu...selain majlis perkahwinan...kami menawarkan perkhidmatan sebagai MC majlis-majlis rasmi dan menyewakan PA System untuk majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis lain yang bercorak keagamaan...
Tujuan saya bercerita sedikit pengalaman saya ini adalah sebagai perkongsian pengalaman kepada kita semua... mudah-mudahan apa yang saya lakukan ini menjadi ikutan kepada Dj-Dj yang lain untuk kita bersama-sama mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT pada majlis-
majlis perkahwinan yang kita raikan. Perkahwinan adalah ibadah... perkerjaan mulia dan sangat baik...mulakanlah majlis perkahwinan anda dengan sesuatu yang baik...Insyallah akan disudahi juga dengan yang baik-baik. Yang baik dari Allah SWT dan yang tak baik kerana kelemahan saya. Sekian, terima kasih.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment